Tuesday, June 28, 2022

KMKK di Satok terima watikah pelantikan dari Ibrahim Paki

Secara Rawak

KUCHING: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) pada Jumaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki telah menyerahkan watikah-watikah tersebut dan disaksikan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Samat Gani.

Penyerahan watikah itu merangkumi pelantikan semula kepada penyandang-penyandang jawatan KMKK sebelum ini termasuk watikah dua pelantikan baharu ke jawatan Ketua Kaum, bagi tempoh dua tahun bermula 2022 hingga 2024. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru