Tuesday, June 28, 2022

Jamilah Anu: Teruskan sokongan padu kepada Azizul  

Secara Rawak

LUNDU: Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Datin Patinggi Jamilah Anu menyerahkan tugas Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tanjong Datu kepada ADUN yang baru, Azizul Annuar Adenan dalam satu majlis di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu pada Jumaat.

Jamilah menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua jentera parti dari badan Induk, Wanita dan Pemuda yang telah bekerja keras semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 yang lepas dalam memastikan Tanjong Datu kekal menjadi kubu kuat PBB.

Beliau juga menyeru semua pihak meneruskan sokongan padu kepada Azizul seperti yang telah diberikan kepada beliau selama ini.

Katanya, beliau akan terus memberi sokongan melalui Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam usaha menjaga kebajikan penduduk di Tanjong Datu seperti sebelum ini.

Terdahulu semasa mempengerusikan Mesyuarat PBB Cawangan Tanjong Datu, Azizul turut berterima kasih kepada ahli-ahli PBB N3 Tanjong Datu termasuk pengundi-pengundi di Zon Sematan, Lundu dan Sampadi yang sentiasa memberi sokongan padu kepada beliau untuk sentiasa bersemangat memajukan kawasan seiring dengan misi kerajaan mencapai negeri maju menjelang tahun 2030.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru