Tuesday, June 28, 2022

Bomba selamatkan tiga ekor anak anjing terjatuh di dalam parit

Secara Rawak

KUCHING: Tugasan anggota bomba bukan sekadar memadam dan mengawal kebakaran malah membantu menyelamatkan tiga ekor anak anjing yang terjatuh ke dalam parit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 7.30 pagi.

Katanya, tiga ekor anak anjing tersebut dilaporkan terjatuh dan terperangkap di dalam parit lorong Lapangan Terbang 2, di sini.

Jelasnya, seramai tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Tabuan Jaya telah digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi memaklumkan terdapat tiga ekor anjing terjatuh dan terperangkap di dalam parit.

“Anggota terus melakukan operasi menyelamatkan anjing tersebut dan berjaya diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, anak anjing tersebut telah di bawa ke BBP Tabuan Jaya sebelum diserahkan kepada pihak veterinar untuk tindakan seterusnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru