Tuesday, June 28, 2022

Adun Lambir bagi sokongan penuh RSS Miri

Secara Rawak

MIRI: Rumpun Silat Sarawak (RSS) Wilayah Miri diharap terus bersatu dan bekerjasama dalam dunia persilatan bagi memastikan kejayaan dapat terus dicapai.

Menteri Muda Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan 2 merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Dr Ripin Lamat berkata, beliau akan terus memberikan sokongan kepada RSS Miri.

Bercakap semasa Program Bersama Rumpun Silat Sarawak di Restauran Kampongku pada Jumaat, beliau yang juga Penaung RSS Wilayah Miri turut memuji kejayaan sepanjang penubuhan RSS sehingga kini.

Dalam pada itu, Dr Ripin juga berkesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada mereka atas kejayaan yang telah dikecapi itu.

Tambahnya, beliau akan memperuntukkan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM20,000 kepada persatuan itu.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru