Saturday, June 25, 2022

14 kematian baharu, kini 32,025 semuanya

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan  Malaysia  (KKM) melaporkan 14 kes kematian Covid-19 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian naik kepada 32,025.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, sebanyak sembilan korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Selangor mencatatkan bilangan kematian tertinggi iaitu lima kes, diikuti Sabah (empat), Kuala Lumpur (dua) dan Johor, Negeri Sembilan serta Perak (masing-masing satu).

Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya tiada kes kematian.

Sebanyak 65,952 kes aktif dilaporkan, termasuk 123 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 67 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini ialah 2,904,131 setakat ini.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru