Tuesday, June 28, 2022

Fatimah: Wanita PBB perlu kekalkan sikap kerja keras

Secara Rawak

KUCHING: Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diseru untuk sentiasa bekerja keras, berjuang serta melibatkan diri dalam menyumbang kepada kemajuan Sarawak.

Ketua Wanita PBB Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, sikap itu perlu dikekalkan lebih-lebih lagi setelah memenangi pilihan raya yang lalu agar imej wanita PBB dapat ditingkatkan dan dihargai.

“Kita mahu wanita PBB sinonim dengan perkataan rajin bekerja. Apabila menyebut rajin bekerja, orang ramai akan secara automatik mengingati kerja keras wanita PBB dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Pada masa yang sama, kita sebagai wanita juga mempunyai aspirasi untuk meluahkan suara hati, lebih banyak penglibatan serta memastikan elemen keterangkuman dan sosial inklusiviti dalam pergerakan PBB pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Apresiasi Majlis Tertinggi Wanita (MTW) PBB bersama 82 Ketua Wanita Cawangan (KWC), di Hotel Waterfront, di sini, semalam.

Tambah Fatimah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Kesejahteraan Komuniti, keterangkuman dan penglibatan daripada golongan wanita bersama dengan ahli PBB yang lain, diharap dapat membantu menyumbang kepada kemajuan Sarawak menjelang tahun 2030 demi kesejahteraan rakyat.

Timbalan Ketua Wanita I, Datin Seri Angelina Ujang; Timbalan Ketua Wanita II, Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Naib Ketua Wanita III, Datuk Dayang Madinah Tun Abang Haji Openg; Setiausaha Pergerakan Wanita Parti Pbb Sarawak, Susan Chemerai Anding turut hadir.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru