Tuesday, June 28, 2022

Pencuri hadiahkan pemilik rumah RM836 sebagai tanda mohon maaf

Secara Rawak

SANTA FE: Pemilik rumah di New Mexico menerima kejutan pada hujung minggu lalu apabila menemui pencuri di rumah mereka.

Lebih mengejutkan, pencuri tersebut yang bersenjatakan senapang AR-15 kemudian memohon maaf kepada mereka dengan memberi mereka wang berjumlah RM836 (AS$200) sebelum meninggalkan mereka dalam keadaan tersipu-sipu.

Penceroboh itu dikatakan tidur, mandi, makan dan minum bir di rumah mereka yang terletak di pinggir Santa Fe sebelum pemilik pulang dan menemuinya,
menurut laporan polis Pejabat Sheriff Daerah Santa Fe yang dipetik oleh Albuquerque Journal.

Dia mempunyai senapang AR-15 tetapi tidak mengancam mereka, atau mengambil barang kemas dan barang lain milik mereka.

Sebaliknya, dia memberi pemilik rumah RM836 sebagai “bayaran ganti rugi untuk tingkap yang dipecahkannya,” kata laporan itu lagi.

Suspek setinggi 6 kaki dan berusia lewat 20-an itu turut berkongsi sedikit kisahnya, memberitahu pemilik rumah tersebut, dia melarikan diri daripada seseorang dan keluarganya telah dibunuh di timur Texas, tambah laporan itu.

Dia berkata, keretanya rosak di luar Santa Fe.

Pemilik rumah memberitahu pihak berkuasa lelaki itu “kelihatan amat malu dan minta maaf tentang situasi itu,” kata laporan itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru