Friday, August 19, 2022

Lelaki duduk di bonet kereta yang dipandu laju

Secara Rawak

BANDRA: Seorang lelaki menerima padah selepas dirakam kamera duduk di atas bonet kereta yang dipandu laju untuk menikmati ‘angin malam’ di kawasan Bandra, Mumbai, lapor Arynews.

Polis Mumbai melalui ciapan di Twitter memberitahu, mereka menahan dua suspek yang mahu menikmati angin malam, namun mereka berdua memilih lokasi yang salah dan akhirnya terpaksa bermalam di balai polis.

Mereka dikenali sebagai Imran Ansari, 27, dan Gulfam Ansari, 25, didakwa melakukan kesalahan di bawah IPC Seksyen 279 & 336.

Semasa disoal siasat polis, kedua-duanya juga mengaku seorang daripada mereka memandu kenderaan itu, manakala seorang lagi duduk di atas bonet kereta sepanjang jalan dari Bandra-Worli Sea Link menuju Kompleks Bandra-Kurla.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru