Tuesday, June 28, 2022

Lebih 12 juta populasi dewasa di Malaysia terima dos penggalak 

Secara Rawak

KUCHING: Jumlah individu dewasa yang menerima dos penggalak COVID-19 kini mencecah  hampir 52 peratus atau 12,157,974 orang daripada populasi kumpulan terbabit di negara ini, setakat semalam.

Sejumlah 22,927,434 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka, berdasarkan data di laman CovidNow.

Manakala 99.1 peratus atau 23,204,846 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,789,988 individu atau 88.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi.

Sebanyak  91.1 peratus atau  2,868,262 individu  telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 100,810 dos diberikan semalam meliputi 2,497 dos pertama, 2,603 bagi dos kedua manakala 95,710 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,743,710 dos.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru