Tuesday, June 28, 2022

Dr Sim kecewa kontraktor gagal siapkan projek

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menyatakan kekecewaannya terhadap  kelewatan kontraktor menyiapkan projek yang diamanahkan kepada mereka.

Justeru, katanya, pihak terbabit, termasuk majlis tempatan perlu mengambil tindakan terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek mengikut jadual yang ditetapkan.

“Ada daripada kontraktor tidak dapat menyiapkan projek tepat pada waktunya. Kita tidak boleh terima perkara seperti ini,” katanya  dalam satu kenyataan selepas memantau pelaksanaan sebuah projek perparitan di RPR Batu Kawa di sini.

Kata Dr Sim yang juga Adun Batu Kawah, projek dengan harga RM500,000 sepatutnya siap menjelang 2021, tetapi kini tiada kemajuan terhadap projek itu sehingga menjejaskan penduduk di sekitarnya.

Tegasnya, tiada kelonggaran akan diberi kepada kontraktor berkenaan.

Beliau yang juga Presiden SUPP berkata, sebarang kelewatan dari segi penyiapan projek akan merugikan rakyat yang sepatutnya mendapat manfaat daripada pelaksanaannya.

Untuk itu, katanya, beliau akan terus memantau  sambil meminta majlis tempatan kerap melaporkan projek ‘sakit’ dan kontraktor yang tidak bertanggungjawab kepada beliau.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru