Saturday, June 25, 2022

Kes buli: Keluarga mangsa selesaikan secara baik

Secara Rawak

SARATOK: Mangsa buli melibatkan pelajar sekolah menengah di Saratok disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman.

Perkara tersebut dijelaskan Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mordani Tanin dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, Balai Polis Saratok telah menerima laporan berkenaan kes tersebut pada jam 4 petang, yang tular di media sosial sejak kelmarin.

“Hasil pemeriksaan terhadap mangsa di hospital mendapati tiada sebarang kecederaan dalaman dikesan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua pihak keluarga telah bersetuju menyelesaikan kes tersebut secara baik tanpa mengambil sebarang tindakan undang-undang.

Dalam masa yang sama beliau mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Terdahulu, satu terbitan tular di Facebook mengenai kes buli di sebuah sekolah menengah di Saratok beberapa hari lalu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru