Tuesday, June 28, 2022

Impak ziarah rakyat dapat salur bantuan kepada golongan sasar

Secara Rawak

BETONG: Teruskan program Ziarah Rakyat di kampung sebagai saluran medium berkesan menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Menteri Muda Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Mohammad Razi Sitam memberitahu, inisiatif yang dilakukan oleh Skuad Prihatin Saribas selama ini sangat memberi impak.

“Insya-Allah program Ziarah Rakyat di kampung akan diteruskan di semua kampung dalam Dun Saribas.

“Kerana, melaluinya kita dapat menyantuni dan menyampaikan bantuan bakul makanan serta kerusi roda kepada golongan sasar,” katanya.

Adun Saribas itu berkata demikian ketika meluangkan masa menyertai program Ziarah Rakyat di Kampung Sebemban, semalam.

Jelasnya, pada sesi tersebut seramai 15 penerima terdiri daripada kategori orang kelainan upaya (OKU), warga emas, dan ibu tunggal telah menerima bantuan bakul makanan.

Timbalan Pengerusi Squad Prihatin Saribas Abdul Majit Ali turut hadir.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru