Thursday, May 26, 2022

Lapan pemain bola sepak Indonesia dijangkiti Covid-19

Secara Rawak

JAKARTA: Jurulatih pasukan Indonesia Shin Tae-yong  bingung setelah pemainnya disahkan positif Covid-19.

Indonesia berdepan pertandingan  uji cuba kedua melawan Timor Leste di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Gianyar, Bali, semalam dengan hanya membawa  16 pemain.

Menurut Kompas selepas  pertandingan tersebut, Shin Tae-yong  berkata, lapan pemain Garuda positif Covid-19.

“Sebenarnya kami setiap hari melakukan tes PCR dan mencuba lebih ketat daripada sebelumnya sampai ada delapan pemain yang positif dan tidak bisa ikut pertandingan,” kata Shin Tae-yong.

Jurulatih dari Korea Selatan bingung,  kerana selama ini ia berasa pasukannya mematuhi protokol kesihatan ketika menjalani  latihan pusat.

“Sebenarnya protokol kesihatan sangat kami patuhi, tetapi dengan kejadian ini, saya sendiri pun bingung,” ujar Shin Tae-yong.

Meski demikian, Indonesia tetap mampu meraih kemenangan atas Timor Leste meski sebahagian pemainnya tidak hadir kerana Covid-19.

Skuad Garuda menang 3-0 berkat jaringan gol oleh Terens Puhiri, Ramai Rumakiek, dan Ricky Kambuaya.

Ini merupakan kemenangan kedua Indonesia atas Timor Leste pada laga uji cuba yang termasuk dalam agenda FIFA Matchday.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru