Wednesday, May 25, 2022

Malaysia sokong China anjur Sukan Olimpik

Secara Rawak

KUCHING: Malaysia menyambut baik serta menyokong tindakan Republik Rakyat China dalam menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 (BOGWOG) yang akan berlangsung di Beijing bermula 4 Februari hingga 20 Fenruari ini.

Duta Khas kepada Perdana Menteri bertaraf menteri ke Republic Rakyat China, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, Malaysia turut menjadi sebahagian dalam temasya bersejarah tersebut dengan penglibatan dua usahawan terkenal negara, Tan Sri Lim Kok Thay dan Datuk Lim Chee Wah.

Menurutnya, kedua-dua usahawan menyediakan pusat temasya serta pelaburan masing-masing di Taman Genting Snow, dengan kejohanan menyaksikan 20 pingat emas menunggu pemenang dalam kategori Sukan Musim Sejuk Olimpik dan lapan pingat emas pada Sukan Musim Sejuk Paralimpik serta penginapan disediakan kepada pegawai dan juga media.

“Malaysia sentiasa menjadi penyokong tegar dalam mana-mana peringkat sukan serta berkongsi hubungan pertalian kuat bersama China.

“Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 Beijing menyediakan peluang yang baik dalam memperkuatkan serta mempromosikan hubungan di antara kedua-dua belah negara khususnya dalam pembangunan bidang kesukanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, dua atlet kebangsaan sukan kayak iaitu Aruwin Salehuddin (kategori kayak wanita) dan Jeffrey Webb (kategori kayak lelaki).

Beliau dalam pada itu mengucapkan semoga berjaya kepada Rakyat Republik China dalam penganjuran kejohanan yang bakal menjadi tempat mempromosikan pembangunan sukan dan membentuk hubungan kesejahteraan dunia.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru