Tuesday, June 28, 2022

Lidah tumbuh bulu

Secara Rawak

NEW YORK: Pada 2013, Cameron Newsom, 42, dari Colorado Springs, Colorado, yang menghidap ketumbuhan karsinoma sel skuamosa tahap 4 pada bahagian lidahnya telah menerima rawatan doktor.

Menurut New York Post, membuang tumor bererti membuang sebahagian daripada lidahnya yang digantikan oleh doktor dengan kulit dan otot yang diambil dari bahagian pahanya.

Pembedahan itu berjalan lancar, namun menurut Newsom, perkara paling pelik yang dihadapinya ialah lidahnya mula tumbuh bulu.

“Bahagian paling pelik ialah apabila saya rasakan tekstur kasar pada bahagian lidah saya dan apabila saya melihat cermin, ia mula tumbuh bulu kaki!

“Selepas pembedahan tersebut Newsom terpaksa belajar bercakap semula dan masih menganggap makan sebagai satu cabaran, namun dia kembali menjadi jurulatih gimnastik, dengan lidahnya memiliki dua warna.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru