Tuesday, June 28, 2022

Pinjaman ditolak, lelaki nekad bakar bank

Secara Rawak

HAVERI: Seorang lelaki yang marah selepas pinjaman wangnya ditolak bank, bertindak menyimbah minyak ke dalam bank tersebut dan membakarnya.

Insiden berlaku di sebuah perkampungan di Hedigonda, daerah Haveri.

Menurut laporan TimesofIndia, Wasim Hazaratsab Mulla, 33, memohon pinjaman daripada cawangan Bank Canara yang terletak di Hedigonda.

Memandangkan beliau mempunyai skor CIBIL yang rendah, bank itu menolak permohonan pinjamannya.

Gara-gara kecewa dengan penolakan itu, Mulla datang ke bank tersebut memecahkan tingkap dan menuang petrol ke dalam bank dan membakarnya.

Melihat asap yang keluar dari bank terbabit, orang ramai yang lalu-lalang memaklumkan kepada polis dan bomba.

Mereka juga bertindak menangkap Mulla semasa dia cuba melarikan diri dari kampungnya.

Pihak bomba berjaya memadamkan api, namun menurut polis kaunter wang tunai dan kabin, CCTV, lima komputer, pencetak buku simpanan, pengimbas, mesin mengira tunai, kipas, lampu, dokumen dan perabot, yang semuanya bernilai sekitar RM67,483.97 musnah dalam kebakaran itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru