Tuesday, June 28, 2022

Mati ditimpa lobak merah

Secara Rawak

SEPANYOL: Seorang lelaki berusia 34 tahun menemui ajalnya selepas ditimpa sejumlah besar lobak merah semasa bekerja di sebuah gudang pertanian di Vallelado, Sepanyol.

Menurut Perkhidmatan Kecemasan 112 Castilla dan León, mereka menerima panggilan sekitar 3:05 pagi memaklumkan seorang lelaki terperangkap dan pengsan selepas sejumlah besar lobak merah jatuh menimpanya.

Sebuah ambulans dihantar di tempat kejadian bersama-sama pegawai dari Pengawal Awam (COS) Segovia, Pasukan Bomba Segovia dan Pasukan Bomba Majlis Wilayah Valladolid, juga dihantar ke lokasi kejadian.

Di sebalik usaha mereka, lelaki tersebut gagal diselamatkan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut akhbar tempatan Sepanyol, Telecinco, lelaki itu bekerja dalam “perniagaan keluarga” dan kematiannya dilaporkan menimbulkan kejutan dalam kalangan penduduk bandar yang kebanyakannya merupakan kenalannya.

Mendiang dikenali sebagai lelaki yang baik dan mesra, lapor Newsweek.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru