Monday, May 16, 2022

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku hari ini

Secara Rawak

KUCHING: Beberapa Bahagian di Sarawak dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 2 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) berkata ia membabitkan Bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Betong (Pusa, Betong dan Kabong) dan Mukah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru