Monday, May 16, 2022

PM: Kerajaan prihatin terhadap kenaikan harga barang

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung isu kenaikan harga barang daripada kementerian-kementerian berkaitan.

Menerusi catatan di laman Facebook, Ismail Sabri berkata kerajaan prihatin tentang kenaikan harga barang yang berlaku sejak kebelakangan ini.

“Kerajaan komited memastikan kenaikan harga barang segera ditangani demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” menurut catatan itu seperti dipetik Bernama.

Sebuah Akhbar hari ini melaporkan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menjangkakan semua barang akan mengalami kenaikan harga luar biasa selepas sambutan Tahun Baharu Cina bulan depan.

Presiden DPMM Abd Halim Husin dipetik sebagai berkata kenaikan harga barang itu didorong oleh lonjakan kos pengangkutan lebih sekali ganda selepas bencana banjir khususnya di Lembah Klang, Disember tahun lepas.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru