Monday, May 16, 2022

Lelaki terhoyong-hayang bawa lengannya yang putus

Secara Rawak

MAINE: Seorang lelaki yang dilihat berjalan terhoyong-hayang di sebatang jalan di Maine sambil membawa lengannya yang terputus diselamatkan oleh dua pekerja awam yang melihatnya.

Secara kebetulan dua pekerja tersebut dilatih cara membalut tangan, kata pihak berkuasa.

Beberapa orang saksi di tempat kejadian berkata lengan lelaki itu terputus berhampiran bahunya, di tempat kerjanya, lapor Sun Journal.

Semasa menunggu kedatangan ambulans, pekerja awam tersebut memasang pembalut pada lengan mangsa, kata Leftenan Derek St Laurent dari balai polis Lewiston.

“Tindakan pantas mereka mungkin menyelamatkan nyawanya,“ ujar St Laurent.

Hasil siasatan berdasarkan kesan darah mendapati ia berlaku di sebuah premis perniagaan dan mangsa dikatakan mengendalikan gergaji ketika kejadian.

Lelaki tersebut dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan stabil.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru