Monday, May 16, 2022

Isu kekurangan kemudahan Klinik Kesihatan Tebedu dalam perhatian 

Secara Rawak

TEBEDU: Isu kekurangan kemudahan di Klinik Kesihatan Tebedu akan diberi perhatian dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada berkata, kebajikan dan kesihatan rakyat Tebedu menjadi agenda penting dan perlu diberi penekanan.

Menurutnya, Klinik Kesihatan Tebedu bertanggungjawab kepada seramai 7,109 orang penduduk atau sebanyak 1,356 keluarga dari kawasan Tebedu.

“Saya juga mohon kepada pihak pengurusan klinik ini supaya membuat ‘wish list’ kepada Pusat Khidmat DUN Tebedu dengan segera bagi tindakan sewajarnya,” katanya semasa mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Tebedu pada Isnin.

Sementara itu, beliau memberitahu, perancangan pembinaan klinik kesihatan baharu di Tebedu oleh mantan ADUN Tebedu, Datuk Amar Michael Manyin Jawong sebelum ini seharusnya direalisasikan.

Katanya, begitu juga dengan cadangan pembinaan Balai Bomba Tebedu dan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu.

“Saya akur bahawa ketiga cadangan tersebut Klinik Kesihatan, Balai Bomba dan ICQS adalah di bawah kerajaan persekutuan.

“Namun sebagai seorang wakil rakyat kawasan Tebedu, saya juga berhak menyuarakan isu tersebut di Persidangan DUN Sarawak pada Februari nanti,” katanya. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru