Monday, May 16, 2022

Ejen loteri haram ditahan

Secara Rawak

BAU: Seorang lelaki disyaki ejen loteri haram ditahan ketika sedang beroperasi di sebuah premis medan selera, di sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintenden Poge Nyaon berkata, suspek, 20, ditahan menerusi Op Dadu dijalankan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kira-kira jam 2.25 petang.

“Pasukan operasi turut merampas dua keping kertas bertulis angka dan nombor serta sejumlah wang tunai daripada suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Poge berkata suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM 200,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru