Friday, August 19, 2022

Berita baik untuk masyarakat Cina

Secara Rawak

KUCHING: Berita baik untuk masyarakat Cina yang bakal menyambut Tahun Baharu Cina pada 1 Feb ini.

Jamuan makan bersama-sama keluarga pada 31 Jan ini dibenarkan menjelang Tahun Baharu Cina tahun ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kelonggaran berkenaan berikutan Sarawak kini berada di bawah Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kes harian jangkitan Covid-19 juga kurang daripada 20, malah ada harinya hanya merekodkan satu angka.

Menurut JPBN Sarawak, acara makan keluarga itu bagaimanapun dihadkan untuk ahli keluarga pada kapasiti kehadiran 50 peratus mengikut saiz rumah atau berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk restoran.

Katanya, aktiviti ziarah juga dibenarkan pada hari pertama dan kedua sahaja dalam kalangan ahli keluarga namun rumah terbuka anjuran individu, persatuan atau pertubuhan tidak dibenarkan.

“Upacara sembahyang di rumah ibadat dibenarkan dengan mematuhi SOP pembukaan rumah ibadat oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR). Sambutan Chap Goh Mei (penghujung sambutan Tahun Baharu Cina) hanya dalam kalangan ahli keluarga terdekat sahaja,” menurut kenyataan itu lagi.

Aktiviti tarian singa pula dibenarkan beroperasi mulai 1 hingga 4 Feb dari 6 pagi hingga 6 petang diikuti dari 6 pagi hingga 10 malam pada 15 Feb (Chap Goh Mei).

“Jumlah ahli pasukan yang terlibat hendaklah tidak melebihi 12 orang. Persembahan hanya dibenarkan di kawasan luar rumah, luar rumah ibadat dan luar premis sahaja serta tertakluk dengan permohonan daripada penganjur, pemilik dan tuan rumah,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru