Monday, May 16, 2022

8 rumah untuk PPRMS di Mambong ditinjau

Secara Rawak

PADAWAN: Lapan kediaman individu yang memohon Projek Penambaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong telah dilawati Pegawai Pusat Khidmat DUN Mambong, Keron Mapus yang juga Pegawai Tadbir Khas Kepada Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil pada Isnin.

Lawatan berkenaan adalah bagi meneliti keadaan rumah dan menilai keperluan pembaikan rumah yang bersesuaian serta latar belakang pemilik rumah berdasarkan permohonan yang telah diterima oleh Pejabat Pusat Khidmat DUN Mambong.

Sementara itu, lapan rumah tersebut adalah masing-masing dua dari Kampung Segu Bunuk, Kampung Punau, Kampung Petag dan Kampung Mambong.

Menurut Keron Mapus, terdapat ramai lagi individu yang memohon bantuan PPRMS, namun kali ini pihaknya hanya melakukan lawatan ke lapan rumah dan bagi permohonan yang lain akan dilawat dari masa ke semasa.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru