Tuesday, June 28, 2022

Wartawan dilanggar kereta semasa siaran langsung

Secara Rawak

WEST VIRGINIA: Seorang wartawan berita TV West Virginia dilanggar kereta semasa membuat laporan siaran langsung.

Mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan bangun semula untuk menyelesaikan laporannya, menurut UPI.

Tori Yorgey, wartawan dari WSAZ-TV menyampaikan laporan langsung di tempat kejadian insiden kebocoran air di Dunbar ketika sebuah kereta muncul dan melanggarnya dari arah belakang.

Yorgey yang masih dalam keadaan terkejut sempat memberi komen bahawa dia baru sahaja dilanggar kereta tetapi dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pengacara yang berinteraksi bersamanya semasa siaran langsung tersebut Tim Irr, turut tergamam dan terpinga-pingga menyaksikan Yorgey dilanggar ketika semasa bercakap dengannya.

Pemandu tersebut dapat didengar menghentikan keretanya dan bertanya keadaan wartawan terbabit.

Dia juga kedengaran memohon maaf kepada Yorgey.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru