Tuesday, June 28, 2022

Bawa mayat ke pejabat pos mini untuk dapatkan wang pencen

Secara Rawak

CARLOW: Mayat seorang lelaki dibawa ke pejabat pos oleh dua lelaki dalam cubaan mendapatkan wang pencennya.

Insiden ini berlaku di Ireland dan dua lelaki tersebut dikatakan memapah mayat tersebut masuk ke pejabat pos yang terletak di Jalan Staplestown, bandar Carlow.

Kakitangan di pejabat pos itu serta-merta curiga dan terus menghubungi perkhidmatan kecemasan.

Tiada wang diserahkan dan difahamkan lelaki yang maut itu merupakan kenalan rapat dua lelaki tersebut.

Menurut Pigeonexpress, salah seorang saksi yang melihat insiden itu terkejut melihat mangsa yang disangkanya masih hidup, tetapi berada dalam keadaan tidak sihat dibawa dengan kakinya seperti diheret masuk ke pejabat pos terbabit.

Orang ramai yang berbaris menunggu giliran masuk ke pejabat itu juga menyangka dia diserang penyakit jantung dan tergaman selepas diberitahu lelaki itu sudah mati.

Polis memulakan siasatan dan bedah siasat juga dilakukan untuk mengenai pasti punca kematiannya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru