Monday, May 16, 2022

Tiada kompromi terhadap samseng jalanan di Sibu

Secara Rawak

SIBU: Mat Rempit dan samseng jalanan di sini bukan hanya membahayakan diri sendiri, tetapi juga pengguna jalan raya lain.

Untuk itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat memberi amaran tegas bahawa tidak akan berkompromi dengan individu yang terlibat dengan aktiviti lumba haram di bandar ini.

Jelasnya, selain menyusahkan ahli keluarga atau mengabaikan undang-undang jalan raya, ia boleh menyebabkan kemalangan, kecederaan atau kematian,.

Sehubungan itu, Collin berkata, pihaknya akan bertindak lebih tegas dalam membendung gejala berkenaan.

“Tindakan undang-undang, saman serta kompaun akan dikenakan kepada mereka jika masih ingkar kepada arahan daripada penguatkuasa undang-undang,” katanya.

Mengulas mengenai operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (BSPT) Daerah Sibu yang dilaksanakan di Jalan Morshidi Sidek di sini malam kelmarin, Collin seperti dipetik TVS berkata, sebanyak 51 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.

Jelasnya, operasi bermula pukul 8 malam hingga jam 10 malam itu disertai seorang pegawai dan tujuh anggota dan telah memeriksa sebanyak 68 buah motosikal dan 33 buah kereta selain enam kenderaan pikap dan enam buah van.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru