Monday, May 16, 2022

Sarawak sebagai Keluarga Sarawakku Sayang – Lee Kim Shin

Secara Rawak

MIRI: Sempena sambutan Tahun Baru Cina, banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tampil memberikan sumbangan kepada persatuan kebajikan termasuk di Miri Home For Aged Care Centre.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, sumbangan ini seperti barangan makanan, ang paw, pakaian dan sebagainya.

“Ini adalah satu petanda yang baik dan menunjukkan bahawa kita adalah masyarakat penyayang dan termasuk juga orang muda yang turut sama menyumbang.

“Ini adalah sangat baik sekali kerana orang muda tidak lupa kepada warga emas ini.

“Inilah yang ingin kita galakkan. Kita mahu Sarawak iaitu Sarawak sebagai Keluarga Sarawakku Sayang,” katanya

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas merasmikan Program Aktiviti Tahunan Pertubuhan Pemeliharaan Hayat Miri (Miri Life Care Society) sempena Menyambut Tahun Baru Cina di Miri Home For Aged Care Centre pada Sabtu.

Pada majlis itu, Dato Sri Lee telah mengagihkan ‘ang paw’ dan hamper berupa barangan makanan kepada 23 penghuni warga emas Miri Home For Aged Care Centre.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut yang juga Datuk Banadaraya Miri Adam Yii Siew Sang.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru