Monday, May 16, 2022

PRS berharap lebih ramai profesional muda Dayak menyertainya

Secara Rawak

KUCHING: Setiausaha Agung Parti Rakyat sarawak (PRS) berharap, parti itu akan menjadi lebih kuat pada masa depan, selari dengan moto, bersatu teguh bercerai roboh.

“Mari kuatkan parti dengan apa-apa cara yang boleh kita lakukan, dan agar ia bertambah kuat setiap hari sebagai parti, bukan sebagai individu,” katanya.

Beliau juga berharap lebih ramai golongan profesional  muda daripada kalangan masyarakat Dayak akan tampil menyertai parti itu.

Ketika ini PRS tidak mempunyai Presiden selepas pemergian Tan Sri Dr James Jemut Masing pada Oktober tahun lalu.

“Inilah masanya untuk kita perlu bersatu. Marilah kita terus bersama-sama memperbaharui dan menyusun semula parti ke arah mencapai PRS yang lebih baik dan kukuh pada masa depan,” jelasnya.

Dalam PRN-12 pada 18 Dis lalu, PRS memenangi kesemua 11 kerusi yang ditandinginya, sama seperti pencapaiannya pada 2016.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru