Monday, May 16, 2022

Penerima vaksin yang alami kesan tertentu perlu buat laporan

Secara Rawak

KUCHING: Penerima vaksin yang mengalami kesan advers perlu melaporkan AEFI melalui saluran yang telah disediakan.

Menurut Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), bagi kesan advers ringan dan diketahui boleh berlaku susulan pengambilan vaksin, penerima vaksin boleh membuat notifikasi melalui aplikasi MySejahtera masing-masing untuk kesan advers yang tersenarai di dalam aplikasi tersebut.

Selain itu,  katanya, laporan AEFI juga boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi borang pelaporan untuk pengguna, iaitu Consumer Side Effect Reporting Form (ConSERF) di laman sesawang NPRA (www.npra.gov.my) [Consumers > Reporting Side Effects to Medicines (ConSERF) or Vaccines (AEFI)].

“Borang ini tersedia di dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Borang ini juga boleh dicetak untuk diisi, dan dihantar melalui e-mel atau pos ke NPRA,” jelasnya dalam satu kenyataan.

“Sekiranya penerima vaksin mengalami kesan advers yang serius, dapatkan nasihat dan rawatan dengan segera di mana-mana fasiliti kesihatan yang berhampiran. Dalam situasi ini, laporan AEFI akan dibuat melalui anggota kesihatan yang merawat kes tersebut,” katanya.

Katanya lagi, anggota kesihatan boleh membuat pelaporan AEFI melalui laman sesawang NPRA atau Pharmacy Information System (PhIS) bagi fasiliti KKM.

Bagi AEFI yang telah dikelaskan sebagai serius atau arang-jarang, ia akan disiasat dengan teliti dan seterusnya penilaian hubungkait antara kesan dan vaksin yang diambil akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pakar Farmakovigilans Vaksin Covid-19.

“Maklumat AEFI yang dikumpulkan adalah amat penting bagi KKM untuk terus menilai dan memantau nisbah manfaat dan risiko bagi setiap vaksin yang digunakan, bagi memastikan ianya kekal positif untuk rakyat,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru