Monday, May 16, 2022

Pastikan setiap projek pembangunan siap ikut jadual

Secara Rawak

MIRI: Penganjuran Mini Lab Projek-Projek Pembangunan Bahagian Limbang di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sangat penting bagi memastikan setiap projek pembangunan yang dicadangkan itu dapat dilaksanakan dengan baik dan mengikut jadual.

Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi berkata, projek-projek ini meliputi pembangunan infrastruktur jalan luar bandar dan kemudahan awam serta keperluan asas.

“Jadikan mini lab ini ruang/platform setiap agensi-agensi pelaksana bagi menilai dan memilih senarai projek-projek di bawah KPLB. Antaranya, pelaksanaan projek Jalan Luar Bandar (JALB), Jalan Ladang Pertanian (JLP), (Jalan Perhubungan Desa (JPD) dan Program Ameniti Sosial (PAMS).

“Projek ini disasarkan untuk memberikan keselesaan perhubungan dan jaringan jalan kepada masyarakat luar bandar seterusnya dapat meningkatkan kualiti, taraf hidup serta indeks akses perhubungan kepada mereka,” katanya dalam merasmikan Mini Lab Projek-projek Pembangunan Bahagian Limbang Di Bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di Hotel Imperial Miri pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ir Ahmad Denny berharap input daripada mini lab ini mendapat perhatian dan kelulusan daripada KPLB terutamanya dalam aspek penyaluran dana bagi memacukan agenda pembangunan di Bahagian Limbang.

Sebanyak 4,834 cadangan projek telah disenaraikan untuk kelulusan pelaksanaan bagi tahun 2022 di Bahagian Limbang meliputi 9 program/projek pembangunan iaitu Jalan Luar Bandar (JALB), Jalan Perhubungan Desa (JPD), Jalan Ladang Pertanian (JLP), Program Ameniti Sosial (PAMS), Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB), enjin sangkut dan kemudahan Lampu Jalan Kampung.

Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Limbang Sebi Abang, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Pegawai Khas (Projek) kepada Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan Ahmad Mataral,  Pegawai Khas Pusat Khidmat Parlimen Limbang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Ketua-ketua agensi teknikal Bahagian Limbang (Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), Jabatan Tanah dan Survei (JTS), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), SESCO, Majlis-Majlis Daerah, Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dan Lembaga Air Kawasan Utara

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru