Thursday, May 19, 2022

Mural terbesar di Malaysia bakal siap Mei ini

Secara Rawak

KUCHING: Mural Rangkaian Tema Sarawak Terbesar Malaysia bakal ditubuhkan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dijadual siap sepenuhnya pada bulan Mei ini.

Menteri Pelancongan, Industri kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, inisiatif penubuhan mural tersebut dijangka mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) dengan keluasan lukisan menjangkau sepanjang 181 meter.

Jelasnya, mural itu dihiasi bertemakan lima elemen menarik yang terdapat di Sarawak merangkumi budaya, pengembaraan, alam semula jadi, festival, makanan (CANFF).

“Menerusi program ini, kita amat menggalakkan pemain industri dapat bekerjasama dengan golongan belia dan pelajar untuk terlibat dalam bagi lukisan itu sekali gus menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Sarawak.

“Di samping itu, kita menyambut kepelbagaian etnik dan saya percaya berperanan penting mempengaruhi pembangunan budaya dan warisan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Lukisan mural Tema Sarawak Terbesar 2022 di BCCK, di sini.

Dedah Abdul Karim, pameran mural dilangsungkan pada 21 Mei hingga 4 Jun ini di samping menggalakkan masyarakat tempatan serta pemain seni tanah air hadir bagi memberi sokongan terhadap inisiatif yang dilaksanakan penggiat seni tanah air negeri itu.

Bercakap mengenai pameran mural itu nanti, pengerusinya Michael Yii menjelaskan turut diadakan pameran produk dan kraf tangan bagi memberi peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan produk mereka.

Tambahnya, sebuah forum telah diadakan dalam membincangkan peranan seni mural dalam melestarikan seni budaya dan warisan.

Jelas beliau, forum tersebut dihadiri bersama wakil-wakil badan kerjasama program daripada Persatuan Warisan Sarawak, Penasihat Muzium Sarawak, Pensyarah Fakul Seni Bina dan Alam serta daripada Fakulti Gunaan dan Seni Kreatif Universiti Malaysia Sarawak.

Turut hadir majlis, Menteri Muda Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan II, Datuk Snowdan Lawan dan Ketua Pegawai Eksekutif Bisnes Event Sarawak (BE Sarawak) Amelia Roziman.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru