Monday, May 16, 2022

Lima pemimpin GPS ganding bahu bangunkan Sibu

Secara Rawak

SIBU: Lima pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Sibu telah menubuhkan Pasukan Untuk Sibu Baharu bagi menyampaikan perkhidmatan lebih efisien dan berkesan.

Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapaee, ADUN Pelawan Michael Tiang, ADUN Bukit Assek Joseph Chieng, ADUN Dudong Datuk Seri Tiong King Sing dan Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau Hui Yew.

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Pendidikan dan Inovasi berkata, mereka telah mengadakan pertemuan Jumaat (semalam) untuk membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk Sibu.

“Perbincangan berhubung masalah banjir, sistem perparitan, masalah air, jalan raya, isu trafik, pengangkutan awam, perkhidmatan hospital, isu perumahan dan taman riadah,” katanya kepada media.

Menurutnya, pasukan itu mempunyai tugas masing-masing.

“Sebagai contohnya, saya sendiri akan menerajui isu perkhidmatan hospital, Datuk Seri Tiong isu banjir, sistem perparitan dan masalah banjir.

“Manakala, Michael isu pengangkutan awam, Joseph masalah jalan raya dan isu trafik dan Robert pula menjaga isu perumahan dan taman riadah.

“Kami akan turun padang bersama agensi berkaitan,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru