Thursday, May 26, 2022

Liga Malaysia 2022: FAS harap penonton dapat masuk stadium

Secara Rawak

KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datuk Posa Majais berharap penonton dibenar masuk ke stadium bagi menyaksikan perlawanan sepanjang saingan Liga Malaysia 2022.

Beliau percaya bibit kerinduan dikalangan penonton pasti terubat sekiranya mereka diberi kebenaran masuk ke stadium kelak.

“Hampir dua tahun peminat bola sepak di Sarawak tidak dapat menyaksikan perlawanan di stadium ekoran pandemik Covid-19.

“Sekiranya peminat kembali dibenar masuk, ia satu berita gembira dan ditunggu-tunggu oleh mereka,” ujar Posa.

Kempen Liga Super 2022 menyingkap tirainya pada 4 Mac nanti dan SU FC akan menentang Kedah Darul Aman FA untuk aksi buka tirai di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru