Monday, May 16, 2022

Dr Jerip Susil rasmikan Mesyuarat Exco PBB Mambong

Secara Rawak

PADAWAN: Menteri Muda Pengangkutan 1 Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil telah mempengerusikan serta merasmikan Mesyuarat Exco Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Mambong bagi Sesi 1/2022, pada Sabtu.

Mesyuarat Exco PBB Mambong kali ini merupakan mesyuarat pertama selepas memenangi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 yang lalu.

Datuk Dr Jerip yang juga Ketua Cawangan PBB Mambong telah dilantik untuk memegang jawatan tersebut secara automatik, selepas memenangi PRN 12 yang lepas dengan majoriti 3071 undi dalam pertandingan empat penjuru diantara PSB, DAP, PBK serta ASPIRSI.

Dalam mesyuarat tesebut, Datuk Dr Jerip menasihati ahli exco PBB Mambong untuk fokus kepada Mesyuarat Agung Tahunan (TGM) di semua peringkat iaitu ranting dan juga cawangan Mambong.

Beliau juga berharap agar setiap ranting mengekalkan exco sedia ada, namun masih terpulang kepada budi bicara ahli exco untuk melakukan perubahan jika keadaan mendesak dan perlu melakukan pemilihan atau sebaliknya.

Dalam pada itu, mesyuarat telah dihadiri oleh 21 orang ahli Exco PBB Cawangan Mambong yang melibatkan Wanita dan Pemuda PBB Mambong.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru