KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan 14 kes baharu Covid-19, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif di negeri ini meningkat kepada 252,702 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada jumlah tersebut, 13 kes merupakan kategori 1 dan 2, manakala satu kes adalah bagi kategori 3.
“Daerah Sibu dan Bintulu merekodkan kes tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Miri, Kuching dan Betong (dua), manakala masing-masing mencatatkan satu kes di Samarahan dan Limbang,” jelasnya dalam kenyataan media, hari ini.
Sementara itu, JPBNS dalam kenyataan sama turut menyatakan bahawa tiada kes kematian yang dilaporkan.