Thursday, May 19, 2022

10 keluarga mangsa banjir di Sibu terima bantuan

Secara Rawak

SIBU: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tampil menyumbang Bantuan Wang Ihsan bagi membantu 10 keluarga mangsa banjir di Sibu yang berlaku baru-baru ini.

Penyerahan bantuan itu disempurnakan oleh Menteri Muda Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr. Annuar Rapaae bertempat di Dewan Jeriah, Sibu pada Jumaat.

Jelas Dr. Annuar ketika ditemuramah, setiap KIR terbabit menerima bantuan berjumlah RM1000.

Penerima terdiri daripada lima keluarga dari Kampung Seduan Jaya yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Jeriah susulan banjir yang melanda kawasan itu.

Selain itu, dua lagi KIR dari Teku dan juga tiga keluarga dari Sentosa, Salim turut menerima bantuan sama.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru