Monday, May 16, 2022

PRU-15 diadakan Julai depan?

Secara Rawak

Kini ada yang meramalkan bahawa PRU-15 akan diadakan sama ada seawal pada bulan Mac atau Julai.

Kemenangan besar BN di Melaka dan GPS di Sarawak memberi keyakinan kepada pihak tertentu dalam kerajaan persekutuan untuk mengadakan PRU dalam tahun ini.

Hakikatnya, angin  politik semakin bertiup kencang selepas GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN pada 18 Dis lalu.

Satu daripada faktor kekalahan PH dalam PRN Melaka dan sarawsak dikaitkan dengan kekecewaan rakyat terhadap prestasi buruk PH selama 22 bulan memerintah.

Hal ini turut diakui oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Banyak janji dalam manifesto gagal ditunaikan.

Dalam PRN Sarawak, PH  hanya memenangi enam kerusi daripada 10 dimenanginya dalam PRN-11.

DAP hanya memenangi dua kerusi daripada tujuh sebelumnya, manakala PSB hanya menang empat kerusi. PKR kalah di kesemua 28 kerusi ditandinginya berbanding tiga pada 2016.

Terdapat sekurang-kurangnya dua puak atau aliran pemikiran dalam Umno ketika ini.

Pertama, puak yang dikaitkan dengan Perdana Menteri yang mahu PRU-15 diadakan pada 2023.

MoU antara PN dan PH sebelum ini menegaskan PRU perlu diadakan selepas bulan Julai tahun ini.

Satu puak lagi dikaitkan dengan kluster mahkamah yang mahu PRU-15 diadakan segera.

Hakikatnya, PRU-15 tidak mungkin diadakan pada Mac ini.

Tidak ada alasan untuk Perdana Menteri mencadangkan Parlimen dibubarkan segera bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Fokus sekarang hendaklah kepada usaha menangani masalah pascabanjir, Covid-19 dan ekonomi negara.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru