Monday, May 16, 2022

Polis berkas tiga lelaki kaki pecah rumah

Secara Rawak

MIRI: Polis memberkas tiga orang lelaki pada semalam disyaki terlibat dalam aktiviti pecah rumah.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata salah seorang dari suspek telah ditahan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) di Taman Tunku, di sini kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, suspek, 27, memandu kereta dalam keadaan mencurigakan menyebabkan anggota MPV bertindak untuk menyiasat suspek.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan terhadap kereta terbabit telah menjumpai sebilah pisau dan dua kunci kereta.

“Suspek kemudian berasa gelisah dan bertindak agresif terhadap dua anggota polis.

“Suspek kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, penahanan suspek membawa kepada dua lagi suspek lelaki yang merupakan rakan sejenayah dalam aktiviti pecah rumah.

“Salah seorang dari mereka ditahan di tepi jalan Jalan Meranti sementara seorang lagi suspek ditahan di sebuah rumah di Sungai Dalam, Lambir,” katanya.

Tambahnya, turut ditemui beberapa barangan yang dipercayai di curi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru