Monday, May 16, 2022

Jumlah penduduk Malaysia yang terima dos penggalak

Secara Rawak

KUCHING: Sehingga 20 Januari lalu, 10,235,759 atau 43.7 peratus populasi Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas atau 44.7 peratus daripada penduduk dewasa yang telah mendapatkan dos lengkap, kini sudah menerima dos penggalak.

Menurut Kementerian kesihatan malaysia (KKM), antara manfaat yang boleh diperoleh daripada penerimaan dos penggalak adalah mengelakkan berlaku peningkatan semula kes dan kemasukan ke hospital sehingga menyebabkan sistem kesihatan negara terbeban.

“Melindungi penduduk daripada ancaman varian baharu termasuk varian Delta dan varian Omicron. Dos penggalak boleh meningkatkan tahap imuniti terhadap jangkitan varian Omicron sehingga 70 peratus berbanding mereka yang tidak menerima dos penggalak,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, memandangkan risiko jangkitan Covid-19 boleh dikurangkan dengan dos penggalak, KKM juga telah menjalankan semakan semula tempoh kuarantin untuk pengembara dari luar negara.

“Berdasarkan penilaian risiko tersebut, tempoh kuarantin pengembara yang telah mengambil dos penggalak telah dikurangkan daripada tujuh  hari kepada lima  hari,’ katanya lagi.

“Keutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada kumpulan berisiko tinggi dan kumpulan rentan seperti anggota barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan), warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, orang kurang upaya, serta individu dengan komorbid,”  ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru