Thursday, May 19, 2022

Jangan leka, terbuai dengan kemenangan

Secara Rawak

KUCHING: Anggota Gabungan Parti Sarawak (GPS) diingatkan supaya tidak terlalu leka dengan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) yang lalu.

Adun Dudong Datuk Seri Tiong King Sing mengingatkan ahli GPS tidak boleh terlalu leka dengan kemenangan itu sebaliknya terus berkhidmat dengan baik kepada rakyat.

“Pemimpin setiap kerusi mesti terus berkhidmat dengan baik kepada rakyat. “Tidak kira dari kawasan manapun mereka datang, mereka mesti berkhidmat kepada rakyat untuk memperbaiki keadaan rakyat” katanya semalam.

Jelasnya, walaupun pemimpin tidak boleh memberikannya 100 peratus yang pertama, mereka perlu memberikan usaha terbaik. Dalam pada itu, beliau mengulas berkenaan penurunan peratusan keluar mengundi pada PRN-12 yang lalu.

Ujarnya, tidak dinafikan peratusan keluar mengundi pada PRN baru-baru ini tidak begitu tinggi. Jelas beliau, jika dibandingkan peratusan keluar mengundi pada pilihan raya 2016, sebanyak 70.01 peratus keluar mengundi berbanding hanya 60.67 peratus.

“Apakah yang ada dalam fikiran pengundi? Adakah mereka takut Covid-19? Atau menunggu untuk melihat prestasi masa depan GPS?

“Atau mungkin, jika GPS gagal dan mereka tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya, mereka tidak perlu berasa bersalah sangat?,” tambahnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru