Monday, May 16, 2022

Imuniti penerima vaksin menurun selepas beberapa bulan

Secara Rawak

KUCHING: Penurunan imuniti  selepas penerimaan vaksin dalam tempoh masa tertentu adalah perkara yang lazim berlaku pada kebanyakan penerima vaksin termasuk penerima vaksin COVID-19.

Menurut Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), daripada pemantauan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) di Malaysia, penurunan imuniti sebanyak 20 peratus berlaku kepada individu yang telah mengambil dua dos lengkap.

Sebaliknya, jelasnya, bagi penerima vaksin Sinovac, berlaku penurunan imuniti sebanyak 40 peratus selepas tiga tiga hingga lima bulan menerima dos kedua.

“Pelbagai kajian dari negara Israel, United Kingdom, dan Chile juga mendapati terdapat penurunan tahap neutralising antibody kepada virus COVID-19 selepas tiga (3) hingga enam (6) bulan menerima dos primer lengkap. Ini menyebabkan risiko untuk mendapat jangkitan COVID-19 meningkat terutamanya bagi kumpulan berisiko tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan dengan itu,  jelasnya dos penggalak atau booster dose COVID-19 perlu diberikan selepas beberapa tempoh tertentu untuk memastikan imuniti yang diperolehi kekal pada tahap yang optimum.

“KKM amat menyarankan pengambilan dos penggalak kepada setiap individu yang layak dalam usaha mengelakkan berlakunya peningkatan semula kes dan kemasukan ke hospital sehingga menyebabkan sistem kesihatan negara terbeban,” katanya lagi.

Pelaksanaan pemberian dos penggalak telah dimulakan di seluruh negara sejak 13 Oktober 2021.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru