Monday, May 16, 2022

Amerika Syarikat terus nombor satu

Secara Rawak

Amerika Syarikat merekodkan angka kematian akibat Covid-19 tertinggi di dunia dalam tempoh 24 jam.

Negara Uncle Sam itu merekodkan  2,647 kes kematian.

Menurut angka Worldometers, AS berada di tangga pertama dari segi kes jangkitan apabila merekodkan lebih 71 juta kes.

Semalam sahaja terdapat lebih 702,000 kes jangkitan baharu.

Ini disusuli Rusia dengan 692 kematian manakala di tangga ketiga ialah  India sebanyak 489 kematian.

Brazil di tangga keempat dengan 396 kematian manakala Itali di tangga kelima dengan 373 kes.

UK dengan 283 kes berada di tangga keenam.

Sementara itu dari segi kes jangkitan, di Asia Tenggara, Indonesia terus di tangga teratas sekali gus di tangga ke-16 dunia setelah merekodkan lebih empat juta kes dan lebih 144,000 kematian.

Namun dalam tempoh 24 jam lalu, negara 272 juta jiwa itu hanya merekodkan dua kematian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru