Monday, May 16, 2022

16 kematian, kini 31,869

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) melaporkan 16 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah kumulatif kini 31,869.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, hanya dua korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu empat kes, diikuti Sabah (tiga), Negeri Sembilan dan Pulau Pinang (masing-masing dua) serta Johor, Kedah, Kelantan, Perak dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

i Melaka, Pahang, Perlis, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya tiada kes kematian.

Sebanyak 42,843 kes aktif dilaporkan, termasuk 149 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 71 yang memerlukan alat bantuan pernafasan hingga tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini  ialah 2,824,973 setakat ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru