Friday, August 19, 2022

Wanita sempat berswafoto saat nyawanya terancam

Secara Rawak

KANADA: Seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan ketika memandu di sebuah sungai beku di Kanada menjadi tajuk utama berita antarabangsa gara-gara tindakannya yang tidak masuk akal.

Saat nyawanya terancam selepas keretanya hampir tenggelam di dalam ais, dia sempat berswafoto di atas kereta tersebut.

Insiden itu berlaku di Sungai Rideau di pinggir bandar Manotick, lapor Daily Mail.

Ketika penduduk tempatan di kawasan itu tergesa-gesa menyelamatnya, wanita itu berdiri dengan tenang di atas keretanya yang sedang tenggelam dengan begitu pantas sekali.

Klip video yang dikongsi di media sosial menunjukkan hanya bahagian atas kereta yang kelihatan ketika orang ramai bergegas membantunya menggunakan kayak.

Polis Ottawa memuji tindakan pantas orang ramai ketika menyelamatkan wanita terbabit.

Menurut akhbar Kanada, National Post, pemandu itu tidak cedera dalam kejadian itu dan enggan diperiksa oleh paramedik yang tiba di tempat kejadian selepas misi menyelamat selesai.

Polis memberitahu wanita itu didakwa atas tuduhan melakukan operasi bahaya menggunakan kenderaannya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru