Monday, May 16, 2022

Uggah buat lawatan kerja ke Sebuyau

Secara Rawak

SEBUYAU: Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, melakukan lawatan kerja Daerah Sebuyau pada Khamis.

Lawatan kerja dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan Feri Sebuyau Triso dan taklimat kemajuan pembangunan Jambatan Batang Lupar oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Selesai sesi taklimat, Datuk Amar Douglas bersama dengan rombongan meninjau persiapan di tapak projek pembinaan di Kampung Beliong, Sebuyau.

Lawatan dan sesi taklimat turut dihadiri oleh Menteri Muda Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Mejang Renggi, Pengarah Kerja Raya JKR Sarawak, Datu Ir Zuraimi Sabki serta pegawai-pegawai lain.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru