Thursday, May 19, 2022

Tiong: Menteri jangan hanya pandai bercakap, tetapi kerja kongkalikung

Secara Rawak

KUCHING: Ahli Parlimen Bintulu  Datuk Seri Tiong King Sing berkata, sekiranya menteri dalam kabinet persekutuan tidak dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri perlu mengambil tindakan sewajarnya dengan menyingkirkan mereka daripada kabinet.

Komen beliau itu susulan kegagalan menteri yang bertanggungjawab mengambil serius isu banjir di Malaysia.

Kata tiong yang juga duta Khas Perdana Menteri ke China, ahli politik tidak sepatutnya bersikap angkuh dan keras kepala, sebaliknya peru menerima cadangan penyelesaian isu banjir dengan hati terbuka.

“Mereka sering memberi respons ‘ambil perhatian’ dan ‘akan dipertimbangkan’ sekiranya turun ke kawasan dilanda banjir atau ketika bersama-sama rakyat, namun tiada tindakan susulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, rakyat hanya menunggu dengan penuh harapan  kerana percaya akan kata-kata yang diucapkan oleh menteri terbabit.

“Sudah sampai waktunya bagi menteri berkenaan bermuhasabah, cuba meletakkan diri di tempat rakyat yang dilanda banjir. Jangan hanyA pandai bercakap, tetapi kerja semua kongkalikung,” tegasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru