Tuesday, June 28, 2022

Kecewa tidak dapat kahwin, lelaki bakar diri

Secara Rawak

PULAU JEJU: Seorang lelaki berusia 64 tahun bertindak membakar dirinya selepas bertengkar dengan sebuah agensi mencari jodoh yang enggan mengatur perkahwinan bagi pihaknya.

Menurut laporan media tempatan, JoongAng Ilbo, lelaki yang tinggal di Pulau Jeju itu menyiram dirinya dengan petrol dari botol plastik yang dibawanya.

Insiden itu berlaku selepas berlaku pertikaian hangat antara lelaki tersebut dengan seorang pekerja dari syarikat terbabit.

Syarikat tersebut membantu warga Korea Selatan mengatur perkahwinan dengan warga asing.

Yonhap News, memberitahu kakitangan di agensi perkahwinan itu cuba menyiram air ke atas lelaki itu untuk memadamkan api.

Bagaimanapun, lelaki itu melecur tahap tiga di muka dan badan serta masih belum sedar.

Siasatan awal polis mendapati agensi itu enggan membantu lelaki itu kerana dia sebelum ini pernah berkahwin dengan wanita warga asing.

Ini kerana undang-undang imigresen Korea Selatan melarang permohonan visa perkahwinan kedua untuk pasangan asing dalam tempoh lima tahun selepas menerima visa pertama.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru