Tuesday, November 29, 2022

Hubungan polis dan masyarakat terus dipererat untuk banteras jenayah

Secara Rawak

KUCHING: Sebagai usaha merapatkan hubungan dengan pihak polis, Balai Polis Sentral telah menganjurkan Program Kepolisan Komuniti bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Masjid dan Kelab Rukun Tetangga (KRT) Bintangor pada Rabu.

Selain itu, program diadakan dari jam 9 hingga 10.45 malam itu juga bertujuan menambah baik hubungan antara masyarakat dan pihak polis selain sebagai usaha membanteras jenayah dan mengenal pasti lokasi yang kerap berlaku jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Program tersebut disertai Ketua Balai Polis Sentral, ASP Ahmad Abang, Penghulu Kampung Masjid Haji Iskandar Landau, Abang Razak Dol, Ibrahim serta ahli JKKK Kampung Masjid dan KRT Bintangor.

Hasil dari pemantauan berkenaan mendapati beberapa lokasi di Tebingan Bintangor, Tebingan Masjid hingga ke laluan Mungguk Kubur masih gelap dan perlu dipasang lampu limpah terutama di tapak A’ATIC dan kiosk JKKK.

Selain itu, pondok Unit Ronda Bermotosikal (URB) dan Unit Polis Pelancong Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti termasuk kawasan jeti Kampung Bintangor juga mash gelap.

Menurut jurucakap program tersebut, dengan memasang lampu akan membantu mengurangkan risiko vandalisme di kawasan terbabit.

Sehubungan itu, beliau berharap perkara tersebut mendapat perhatian daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Old Kuching Smart Heritage (OKSHE).

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru