Thursday, August 18, 2022

Wanita melacur demi sara anak di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Seorang wanita warga asing dijatuhi hukuman denda RM2,200 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan terlibat aktiviti pelacuran.

Tertuduh Thi Huyen, 33, merupakan warga Vietnam mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan terkutuk terbabit di sebuah hotel di Jalan Ban Hock, sekitar jam 8.30 malam, 3 Januari lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Namun begitu, tertuduh memohon agar hukuman diringankan kerana mempunyai seorang anak yang perlu dijaga hasil daripada perkahwinan dengan warga tempatan serta suaminya seorang penganggur.

Berdasarkan fakta kes, polis berjaya menahan seorang wanita warga Vietnam dalam bilik sebuah hotel bajet di Jalan Ban Hock kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti pelacuran.

Semasa tangkapan, barang bukti seperti sekeping kondom, wang tunai berjumlah RM250, kunci bilik, dan resit pembayaran bilik hotel turut dirampas.

Hasil siasatan lanjut, tertuduh mengaku menjalankan aktiviti pelacuran di hotel berkenaan. Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru